Para peserta bersiap sedia untuk memulakan cabaran peringkat kedua daripada Pergau Jeli, Kelantan ke Gerik, Perak. Perjalanan sejauh 89 km perlu ditempuhi yang menjangkakan laluan ini adalah yang paling sukar dengan pendakian ke puncak Titiwangsa.
Kejayaan menawan Banjaran Titiwangsa diraikan dengan penuh semangat daripada semua peserta sebelum meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya. JTM Cycling Club Boleh.
Peserta melintasi salah satu daripada dua jambatan utama di Empangan Temenggor Perak menuju Gerik.
Sempat bergambar kenangan di salah satu tugu peringatan kepada para pekerja pembinaan Lebuhraya Timur Barat yang telah dibuka pada tahun 1980. Pada 23 mei 1974, pihak komunis telah meletupkan 63 buah mesin jentolak, dan pada lokasi ini juga 3 orang pekerja JKR telah dibunuh pada 27 ogos 1974.
Peserta berbasikal berjaya sampai di Gerik dengan selamat walaupun menghadapi berbagai cabaran di sepanjang laluan ini.
No comments:
Post a Comment